Kontroversi hubungan antara Neelofa dan PU Riz dan family neelofa belum redah dan makin bertiup kencang.

Sumber dipetik dari beberapa portal terkenal mengupas mengenai isu panas ini.

Jabatan netizen seolah-olah penghukum dan turut mengaitkan keluarga selebriti dan jutawan terkenal sasaran kemelut yang timbul.Ini ekoran kenyataan neelofa yang dikatakan menuding jari menyalahkan warganet membuat spekulasi mengenai hubungannya denga PU Riz sedangka isu yang timbul awalnya dicetuskan oleh keluarga neelofa sendiri yang membuat perkongsian berbaur petanda atau isyarat mengenai kontroversi yang berlaku,antaranya ialah kakaknya ,Noor Nabila dan adik-adiknya,Athisha Khan serta Amerra Khan.

Turut dikenal pasti meninggalkan spekulasi ketara ialah tindakan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, yang telah memadam foto sekitar majlis merisik Neelofa dan Pu Riz selain dikesan tidak lagi mengikuti bakal menantunya itu dalam Instagram sejak awal bulan lalu.

Kelmarin, Neelofa tampil membuat penjelasan mengenai pelbagai tohmahan yang berlaku mengenai status hubu­ngannya dengan PU Riz selain menafikan telah berkahwin se­nyap-senyap di Kelantan.

Dalam rakaman video yang dimuat naik olehnya sekitar pukul 8 malam Ahad lalu, Neelofa turut menafikan telah membuat transaksi wang berjumlah RM100,000 kepada Pu Riz selain terkena minyak pengasih.

Selain itu, kalangan warganet yang tidak bertangungjawab dan main redah saja juga cuba mengaitkan isu keluarga dengan kisah cinta tidak menjadinya dengan aktor Fattah Amin termasuk keruntuhan rumah tangga kakaknya, Nabila dengan pelakon Shaarnaz Ahmad sebelum ini.

SP.Team mengharap agar ada sinar yang cerah pada pembukaan tahun 2021 ini dan kontroversi dapat diselesaikan dengan cara yang tidak menyakiti mana-mana pihak.Kepada warganet sila jangan hangatkan isu dan kaitan isu silam yang tiada kaitan langsung dalam hal yang timbul masa ini.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial