Ramai yang berminat dalam penanaman cendawan tiram kelabu tapi tidak tahu bagaimana nak mula, penjagaan dan sebagainya. Apa kata penulis kongsikan serba sedikit tentang penanaman cendawan ni.

1. Sebaiknya bongkah cendawan diletak ditempat yang teduh dan gelap atau tidak terkena cahaya matahari. Spray dengan air biasa pagi dan petang supaya cendawan cepat tumbuh.

2. Bongkah cendawan boleh beli di Shopee, harga sekitar RM2.75 – rm5 satu bongkah bergantung pada suplier. Sebaiknya beli bongkah yang dah ada benih sedia. Dalam bongkah tu dah ada sporaTinggal semai dan tuai.

3. Sekiranya bongkah telah matang, penutup beg dibuka supaya cendawan boleh membiak keluar melalui mulut beg tersebut. Cendawan boleh dituai setelah tiga atau empat hari selepas bertunas.

4. Cendawan yang baik besar ukurannya iaitu purata 6-8 cm diameter dan mempunyai purata berat 300 gm pada penuaian hasil pertama.

5. satu bongkah boleh bertahan sekitar 4-6 bulan bergantung pada penjagaan. Lepas cabut cendawan, korek sikit akar yang keras supaya cendawan yang baru akan tumbuh dengan cantik.

6. Kalau bongkah cendawan sihat dan cara penjagaan yang betul, cendawan tiram boleh dituai sehingga 6-7 kali. Jika bongkah belum hitam/rosak, ia boleh mengeluarkan hasil beberapa kali.

7. Berbanding beli di pasar, tanam sendiri lebih jimat dan amat puas hati, rasa sangat berbeza dari yang di pasar.

8. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bongkah adalah seperti serbuk kayu, dedak padi, kapur pertanian, air dan plastik polypropelene (PP).

9. Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan menguntungkan kerana margin keuntungan yang tinggi dalam masa yang pendek, kos pengeluaran yang rendah, potensi pemasaran yang baik dan kandungan nutrien yang baik.

10. Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam pembuatan dan penanaman cendawan secara besar-besaran, adalah dinasihatkan supaya menghadiri kursus tanaman cendawan dan membuat bongkah cendawan sendiri.

11. Contoh kejayaan tanaman cendawan tiram, Shafawira Ramlee, 42 seorang bekas tukang masak beralih kepada penanaman cendawan, beliau mampu menuai 40kg-100kg setiap hari dan menjual RM12 sekilogram pada peniaga dan pasaraya.

12. Bayangkan sehari pendapatan beliau mencecah RM1,200 sehari x 30 hari = RM36,000 sebulan! tidak termasuk kos penyelengeraan dan lain-lain. Boleh baca kisah beliau di Sinar Harian.

Kredit : rentas.asia

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial