SAINTIS berjaya mengenal pasti mengapa tekanan membuatkan rambut menjadi putih serta menemui kaedah berpotensi untuk menghentikannya tanpa menggunakan pewarna.Dalam eksperimen pada tikus, sel induk yang mengawal warna kulit dan warna rambut menjadi rosak selepas mengalami tekanan yang kuat.Secara kebetulan, tikus berbulu hitam berubah menjadi putih dalam masa beberapa minggu.Penyelidik Amerika Syarikat dan Brazil menyatakan kajian ini wajar diterokai lebih jauh untuk membangunkan ubat yang mencegah kelunturan warna rambut disebabkan penuaan.

Warna rambut lelaki dan wanita boleh menjadi putih pada bila-bila masa dari usia pertengahan 30-an.Walaupun kebanyakannya bergantung kepada proses penuaan semula jadi dan genetik, tekanan juga dapat memainkan peranan.Tetapi saintis tidak mengetahui dengan tepat bagaimana tekanan mempengaruhi rambut di kepala kita.Penyelidik di sebalik kajian yang diterbitkan di Nature, dari Universiti Sao Paulo dan Harvard, percaya kesannya berkaitan dengan sel stem melanocyte yang menghasilkan melanin dan bertanggungjawab terhadap warna rambut dan kulit.Ketika melakukan eksperimen pada tikus, mereka menemui bukti bahawa ini berlaku.Memetik laporan BBC, Pengarang penyelidikan dari Universiti Harvard, Profesor Ya-Cieh Hsu berkata “Kami sekarang tahu dan pasti bahawa tekanan bertanggungjawab terhadap perubahan khusus pada kulit dan rambut anda, dan bagaimana ia berfungsi.”‘KEROSAKAN KEKAL’Kesakitan pada tikus mencetuskan pelepasan adrenalin dan cortisol, membuat jantung ia berdegup lebih cepat dan tekanan darah meningkat mempengaruhi sistem saraf dan menyebabkan tekanan akut.Proses ini kemudian mempercepat penipisan sel stem yang menghasilkan melanin dalam folikel rambut.”Saya menjangkakan tekanan itu buruk bagi tubuh,” kata Prof Hsu.”Tetapi kesan tekanan yang kami dapati adalah di luar apa yang saya bayangkan.”Hanya setelah beberapa hari, semua sel induk regenerasi pigmen hilang.”Setelah ia hilang, anda tidak dapat menghasilkan kembali pigmen itu lagi, bermakna kerosakan itu kekal,” katanya.Dalam eksperimen lain, para penyelidik mendapati mereka dapat menyekat perubahan dengan memberikan tikus anti hipertensi, yang merawat tekanan darah tinggi.Dengan membandingkan gen tikus yang sakit dengan tikus lain, mereka dapat mengenal pasti protein yang terlibat dalam menyebabkan kerosakan pada sel induk akibat tekanan.Apabila protein ini ‘cyclin-dependent kinase (CDK)’ ditekan, rawatan ini juga mencegah perubahan warna bulu tikus.Ini membolehkan para saintis membantu menunda permulaan uban dengan menyasarkan CDK dengan ubat.Tambah Prof Hsu, penemuan ini bukan penawar atau rawatan untuk ubat.”Penemuan kami, yang dibuat pada tikus, hanyalah perjalanan awal yang panjang untuk mencari penyelesaian orang ramai.”Ini juga memberi kita gambaran tentang bagaimana tekanan dapat mempengaruhi banyak bahagian tubuh yang lain,” katanya.

Artikel ini dipetik dari Astro Awani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial