Setiap hari media melaporkan kes harian covid-19,dan dalam beberapa hari kita disajikan dengan jumlah kes yang masih berada dalam tahap membimbiangkan.

Sedarkah kita bagaimana dengan cara dan sikap kita sendiri..ramai antara rakyat Malaysia yang tiada kesedaran dalam usaha untuk memutuskan rantaian covid-19..

Tinjauan team Media Spontan dibeberapa kawasan malah di tempat kerja sekalipun,masih kelihatan sikap yang mana menganggap bila dalam satu tempat kerja virus merbahaya ini dilupakan bila mana kerancakan bersembang sudah menguasai minda dan melupakan SOP yang setiap hari diingatkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Lebih dari itu ada yang sanggup menipu frontliners dengan merahsiakan keadaan kesihatan semasa melakukan rawatan kesihatan.

Tidak kurang laporan kesalahan-kesalahn rentas sempadan dan saman yang dikeluarkan disebabkan tidak patuh pada arahan perjalanan semasa PKP.

Pihak berkuasa atau barisan hadapan tidak mampu untuk menjaga ditempat kerja anda agar sentiasa patuh pada SOP jadi diri kita sendirilah yang mendidik agar norma baharu ini adalah rutin harian yang perlu dilakukan sekiranya berada ditempat awam mahupun ditempat kerja.

Adakah sekiranya rantaian berkurang ke satu angka dan bilamana kerajaan akan membuka semua sektor atau lebih jelas PKP ditamatkan,rakyat dapat menerapkan dalam diri SOP baharu ini.

Perkara yang amat merisaukan apabila mentaliti rakyat dan kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan persekitaran yang setiap hari dicanang oleh media tidak berhasil diterap dan diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia.

Tidakkah kita rasa kasihan belas kepada barisan hadapan yang mana setiap hari berkorban nyawa dan tenaga semata-mata berusaha untuk merawat pesakit yang dijangkiti dan lebih dari itu berusaha untuk memutuskan rantaian.

Mereka juga ada yang sudah berumahtangga,ada isteri,suami dan anak-anak,namun demi tugas kepada negara ‘saya yang menjalankan amanah’ mereka korbankan masa.

Namun usaha mereka tetap gagal jika mentaliti ramai rakyat Malaysia masih ditampuk kelas ke-4 dalam menilai bahayanya covid-19 kepada diri,keluarga,negara dan dunia.

Ayuh sematkan dalam diri kita pesanan setiap hari dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,keluar rumah jika perlu,elakkan berada ditempat sesak,jika sembang bercakap pastikan dengan jarak 1 meter atay lebih dari itu,dan sudah pastikan sentiasa guna pelitup muka bila berada ditempatkan yang diwajibkan.

Ingat dengan jumlah kebolehjangkitan virus covid-19 di Malaysia,virus ini sudah berlegar-legar disekitar kita…

Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial