Petaling Jaya : Polis berjaya menahan seorang ibu dan anak lelakinya yang berkerjasama melakukan kerja mengedar dadah demi untuk hidup mewah dalam operasi sindiket pengedaran dadah dikawasan Lembah Klang hari ini.

Kegiatan kedua-dua mereka terbongkar apabila wanita berusia 49 tahun itu dan anaknya yang berusia 25 tahun ditahan polis dalam serbuan di Jalan Gasin,PJS 10.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jay,Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal,Sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petalin Jaya telah melancarkan operasi terhadap sindiket pengedaran dadah dikawasan tersebut pada jam 12.30 tengahari.

Ekoran itu,Polis berjaya menahan suspek lelaki dan ibunya serta berjaya merampas 40 peket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 62 gram yang bernilai RM1,600,dua peket plastik disyaki syabu seberat tiga gram bernilai RM300 dan sebuah kereta Hyundai Atos bernilai RM6,000.00

Semakan mendapati kedua anak beranak ini memiliki rekod jenayah lampau,masing-masing 7 rekod dadah melibat anak dan ibunya memilik 3 rekod kes dadah.

Tambah Ezanee lagi,tangkapan juga dibuat pda hari yang sama di sungai way kira-kira jam 8.30 malam,dan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Pihak polis percaya suspek juga adalah ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah disyaki ganja seberat 2 kilogram nernilai Rm7,000.00 serta sebuah kereta Honda Insight bernilai Rm32,000.00.”

Beliau berkata”ujian air kencing keata semua suspek mendapat negatif dadah dan direman seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Brbahaya 1952.”

Ujarnya lagi ” Siasatan laanjut masih dijalankan ke atas semua susoek bagi mengesan sidiket lain yang terbabit”katanya

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial