Seperti sedia maklum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bgai tahun 2020 akan dilaksanakan bermula 22 Februari 2021 sehingga 25 Mac 2021.

Penangguhan tarikh disebabkan penularan pandemik covid-19 yang memaksa semua sector teruatam sector pendidikan ditutup sehingga keadaan dapat dikawal.

Seramai 401,105 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan menduduki peperiksaan itu menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang pertama kali diperkenalkan sejak 57 tahun lalu.

SOP pertama kali itu adalah bagi memastikan kese­lamatan calon dan pengawas peperiksaan berada pada tahap maksimum seterusnya mengawal penularan Covid-19.

Mengulas kenyataan Pengarah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Pkharuddin Ghazali yang diperolehi dari sumber yang sahih.

Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan  menggariskan SOP baharu semasa peperiksaan SPM dijalankan bagi mengelakan calon terlepas menduduki dengan situasi semasa pandemik yang sukar dielakan.

Penjadualan Semula Dan Sop Calon Bergejala

1.Penjadualan Semula kertas peperiksaan bagi membolehkan calon menduduki peperiksaan itu tanpa perlu menunggu peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) pada tahun berikutnya seperti yang diamalkan sebelum ini.Penjadualan semula kertas peperiksaan dijangka dilaksanakan pada bulan April iaitu kira-kira dua minggu selepas kesemua kertas SPM 2020 selesai dijawab oleh calon.

2. Calon SPM yang terlepas kertas peperiksaan dalam tempoh 30 minit atas sebab-sebab tertentu dan munasabah masih boleh dibenarkan masuk.Ini adalah melibatkan calon yang terpaksa dirujuk ke hospital ataupun klinik berhampiran kerana mempunyai simptom. Tempoh masa dihadkan 30 minit sahaja kepada calon lewat bagi mengelakkan kebocoran kertas soalan.

“Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menggariskan empat simptom utama iaitu demam, batuk, selesema dan sesak nafas yang mungkin dihidapi oleh calon peperiksaan.”Datuk Pkharuddin Ghazali

3. Calon yang tidak menduduki kertas terbabit akan mendudukinya semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas peperiksaan SPM 2020 tamat pada 25 Mac depan.

4.Calon yang menunjukkan ciri-ciri itu tetapi suhu direkodkan berada di bawah 37.5 Celsius, mereka dibenarkan memasuki pusat peperiksaan kerana ha­nya mempunyai simptom tetapi tidak bergejala

5. Calon dengan bacaan suhu melebihi 37.5 Celcius dan mempunyai simptom akan dirujuk ke hospital.Sekiranya hospital mengeluarkan laporan di mana calon hanya mempunyai demam biasa serta tidak positif Covid-19, pelajar itu boleh kembali ke pusat peperiksaan untuk mendudukinya.

6.Calon  akan menduduki peperiksaan itu jika dia kembali semula dalam tempoh 30 minit tetapi sekiranya melebihi 30 minit selepas dari menerima rawatan maka  perlu mengambil kertas dijadualkan semula.

7.Calon tumpang dibenarkan mereka menduduki peperiksaan SPM di mana-mana pusat contoh bersekolah di Putrajaya  dibenar menduduki peperiksaan di Negeri Sembilan atas alasan-alasan tertentu dan munasabah seperti tidak dapat kembali ke pusat peperiksaan dengan syarat pelajar perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mahu menjadi calon tumpang bagi proses permohonan selain memastikan kertas peperiksaan mencukupi di pusat baharu.

8.Antara SOP lain turut digariskan termasuk calon me­numpang yang bergejala akan menduduki peperiksaan di bilik khas selain calon pulang bercuti Tahun Baru Cina perlu tinggal berasingan selama 10 hari di asrama.

9.Calon yang  tidak bergejala selepas tempoh itu, calon dibenarkan menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan bersama-sama calon lain.

Penutupan Pusat Peperiksaan

1.Semua pusat peperiksaan iaitu sebanyak 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara tidak akan ditutup meskipun masih ada kes positif Covid-19 dilaporkan.Penutupan pusat peperiksaan ketika SPM 2020 berlangsung akan menjejaskan calon ekoran perlu menduduki­nya semula.

2. Penutupan Pusat peperiksaan hanya akan dibuat sekiranya Pusat Kesihatan Daerah menilai sejauh mana kesan jangkitan kepada calon.

3.Pusat peperiksaan juga akan disanitasi setiap hari selepas peperiksaan tamat bagi memastikan tahap keselamatan calon pada tahap maksimum.

4.KPM meletakkan seorang pengemas bilik bagi setiap 50 orang calon yang mana sebelum ini hanya seorang sahaja pengemas bilik ditempatkan.

Situasi calon SPM 2020 adalah antara yang paling mencabar kerana bukan sahaja berperang dengan soalan peperiksaan,calon juga berhadapan dengan kerisauan penularan pandemik covid-19.

Dengan displin dan tahap kesapsiagaan sahaja yang boleh mengelak dijangkit covid-19 sehingga peperiksaan selesai pada 25 Mac 2020.

Semoga Tabah dan Berjaya calon-calon SPM 2021.

Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial