PETALING JAYA: EDICT hari ini mempersoal adakah tindak balas polis menembak empat suspek samun sehingga mati semalam bersesuaian dengan SOP ditetapkan apabila berdepan serangan penjenayah.

Pada Jumaat lalu portal spontanpress.com dan media tempatan yang lain telah melaporkan kejadian sepasukan polis dari  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat  menembak mati empat suspek kes samun di jalan Pagoh-Parit Sulong.

Susulan kejadian itu,sebuah Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang bernama Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT)  tampil mempersoalkan SOP polis semasa kejadian itu dan  curiga dengan tindakan polis yang terus menembak mati suspek dalam satu kejadian kejar mengejar yang berlaku di jalan Pagoh-Parit Sulong.

EDICT juga merujuk SOP polis dalam melepaskan tembakan seperti dinyatakan dalam PTKPN D222.

EDICT berkata, dalam perintah sama, telah dinyatakan bahawa tindakan menembak oleh seseorang anggota polis hendaklah berpatutan.

“Terhad hanya untuk menjatuhkan orang salah itu sahaja atau menahan kesalahan daripada berlaku. Jika keadaaan mengizinkan hendaklah ditujukan kepada kaki,” EDICT.

EDICT  turut mempersoal sepatutnya  Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan memberi penjelasan lebih terperinci bagaimana serangan dengan menggunakan senjata tajam tersebut dilakukan dan apakah kecederaan yang dialami oleh anggota berkenaan.Mengapakah polis tidak menembak di bahagian kaki suspek terlebih dahulu seperti dinyatakan dalam SOP polis.

Baca artikel polis tembak empat penjenyah di batu pahat Johor yang dipersoal oleh EDICT

  1. Polis Berjaya Menembak Mati 4 Penjenayah

Seterusnya EDICT mempersoal apakah tindak balas polis membunuh semua suspek tersebut dilihat munasabah dan berpatutan sebagaimana dinyatakan dalam PTKPN D222.

EDICT juga menggesa kerajaan segera melaksanakan pemakaian kamera badan pada anggota polis semasa bertugas.

Polis juga digesa sentiasa mendedahkan rakaman kamera badan kepada umum selepas berlaku kejadian tembak-menembak atau serangan lain terhadap anggota supaya situasi sebenar mengenai kejadian dapat memberi justifikasi yang adil terhadap anggota polis yang mengambil nyawa seseorang tahanan.

Dalam pada itu badan NGO ini juga mengingatkan polis dan Jabatan Peguam Negara agar segera adakan inkues bagi menyiasat kes kematian.

Pada semalam sepasukan polis dari  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat  menembak mati empat suspek dipercayai terlibat  kes samun kenderaan.

Dalam kejadian itu Polis terpaksa melepaskan tembakan balas,apabila seorang penumpang melepaskan tembakan kearah polis terlebih dahulu.

Kecederaan ringan juga berlaku di bahagian tangan seorang pegawai polis semasa berlaku pergelutan yang mana kumpulan penjenyah tersebut menggunakan senjata tajam selain pistol.

Kemaskini,Baca Artikel Ketua Polis Johor mengambil maklum kenyataan EDICT Tembak 4 Penjenayah Ikut SOP,Ketua Polis Johor Jawab Kenyataan EDICT

Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial