PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyatan tidak menolak kemungkinan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dijalankan pada tahun 2022 bagi membolehkan calon memiliki tempoh masa yang mencukupi untuk membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan itu.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ,Datuk Pkharuddin Ghazali mengatakan kemungkinan calon SPM Tahun 2021 akan menduduki peperiksaan itu tahun hadapan,Ini kerana tempoh persekolahan calon spm 2021 terganggu sama seperti calon spm 2020 berikutan perlaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.
“Dalam hal ini, pihak kementerian perlu mengambil pertimbangan untuk memastikan setiap calon diberi peluang sama rata untuk melalui proses pembelajaran mencukupi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu,”-Pkharuddin Ghazali
Pertimbangan ini meliputi pelbagai aspek termasuk tempoh pembelajaran pelajar untuk memastikan setiap calon diberi peluang sama rata untuk melalui proses pembelajaran mencukupi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2021
Situasi semasa jangkitan Covid-19 perlu diambil kira juga dalam menentukan tarikh peperiksaan awam itu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh pengurusan tertinggi.
Artikel berkaitan
Tambah beliau, jadual pentaksiran dan pusat peperiksaan bagi peperiksaan SPM Tahun 2021 juga sudah tentu akan disesuaikan berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kelak.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Pihaknya yakin pengalaman berdepan pandemik Covid-19 sejak tahun lepas banyak membantu Lembaga Peperiksaan dalam merangka serta menyediakan pelan perancangan strategik bagi menghadapi perkara luar jangka dan percaya KPM akan lebih bersedia untuk memastikan pengurusan dan pengoperasian peperiksaan SPM Tahun 2021 akan dapat dikendalikan dengan lebih lancar menerusi prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan yang ditetapkan.-SP Online
Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.