KLUANG – Susulan kenyataan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) pada Sabtu yang mempersoal Prosedur Operasi Standard (SOP) Polis dalam kejadian tembak mati empat penjenayah pada Jumaat.

Ketua Polis Johor dalam satu kenyataan hari ini kepada pemberita, mempertahankan tindakan anggotanya yang menembak mati suspek yang terbabit dalam kes samun di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat awal pagi Jumaat lalu dan menyifatkan tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki itu dipercayai penjenayah adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mempertahankan diri.

Datuk Ayob Khan berkata“Anggotanya melakukan demikian dalam usaha mempertahankan diri selepas suspek melepaskan tembakan dan menyerang seorang pegawai dengan kerambit”

 “Mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) boleh mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan polis namun perlu mendengar dan melihat kenyataan rasmi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada Ahad.

“Kita bekerja mengikut SOP mungkin NGO terbabit tidak baca secara menyeluruh kenyataan dikeluarkan sama ada secara lisan atau bertulis, pihak polis lepaskan tembakan kerana mereka melepaskan tembakan terlebih dahulu,”Datuk Ayob Khan.

Dalam masa sama, pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan dan akan mengeluarkan satu kenyataan lengkap berhubung insiden tersebut.

Datuk Ayob Khan ditemui pemberita selepas hadir  Majlis Penghormatan Terakhir kepada mendiang Lans Koperal Bradford Bernard yang meninggal dunia selepas dirempuh pemandu mabuk di Jalan Kluang – Teck Wah Heng di sini kelmarin.

Pada sabtu sebuah badan NGO yang berdaftar atas nama Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT)

menggesa Ketua Polis Johor itu merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai SOP melepaskan tembakan ketika menahan suspek.

Tindakan NGO berbuat demikian susulan kejadian polis menembak mati empat penjenayah yang disyaki melakukan kegiatan samun,pecah masuk premis dan curi kereta.

Dalam kejadian yang berlaku jam 3.15 pagi  jumaat itu,sepasukan Polis menahan sebuah kenderaan Toyota Avanza dan Perodua Myvi, masing-masing dinaiki dua lelaki, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Semasa melakukan pemeriksaan,secara tiba-tiba penumpang didalam kereta (Avanza) bertindak agresif dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan kearah polis dan pada masa sama bertindak melarikan diri.

Susulan itu,pihak polis terpasak melepaskan tembakan balas.

Pergelutan juga berlaku  ketika suspek ditahan dengan suspek menggunakan senjata tajam (kerambit) dan melibas seorang pegawai polis sehingga cedera ringan di bahagian tangan.

Siasatan lanjut mendapati,suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dipercayai adalah kumpulan yang aktif melakukan samun dan pecah masuk premis pejabat dan kilang di Johor

Dan Siasatan lanjut mendapati kereta Perodua Myvi yang dirampas adalah kenderaan yang dilaporkan hilang di kawasan Desa Cemerlang, Tebrau.

Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial