Sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna,peribahasa ini bertepatan dengan segelinitr pasangan suami isteri yang terpaksa menggunkan cina buta bagi mendapatkan kembali bekas pasangan hidup untuk terus melayari bahtera rumahtangga yang hancur sebelum itu.
Mengulas isu ini,team media spontan memetik sumber berkaitan perkhidmatan cina buta ini yang mana lebih mengikut arus teknologi moden dengan menggunakan platform facebook untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.
Apa yang lebih menarik perkhidmatan itu ditawarkan secara percuma kepada lelaki gila talak untuk mendapatkan semula bekas isteri yang masih mereka sayangi selepas diceraikan dengan talak tiga
Menurut sumber itu,perkhidmatan sebagai suami sementara itu ditawarkan hanya kepada rakan kenalan dalam kumpulan facebook selepas mendapat persetujuan bekas isteri.
Seorang lelaki menceritakan pengalaman menjadi ‘cina buta’kepada rakan kenalannya 20 tahu n lalu dan dia bernikah dengan bekas isteri kenalannya itu secara sah selepas wanita itu diceraikan suaminya dengan talak tiga.
Menurutnya lelaki yang enggan dikenali itu, dia tidak mengambil sebarang upah kerana niatnya hanya untuk membantu lelaki yang benar-benar menyesal dengan tindakan terburu-buru mereka itu.
Walaupun begitu satu perjanjjian atau persetujuan dimeterai antara 3 pihak dan bagi kes tersebut tempoh diberikan kepada lelaki itu hanya beberapa minggu dan perlu menceraikan isteri kenalannya
Lelaki berusia 50-an berasal dari Kedah itu memberitahu, dia kini juga membantu mendapatkan lelaki lain yang boleh menjadi ‘cina buta’ untuk pasangan yang memerlukan.
Bagi Zam pula pengalamanya menjadi cina buta lebih kurang 3 tahun lalu apabila sepasang bekas suami isteri menghubunginya di akaun kumpulan Facebook berkenaan
Pasangan itu mahu menawarkannya menjadi ‘cina buta’ kepadanya supaya bekas pasangan suami isteri itu boleh bersatu semula setelah bercerai dengan talak tiga.
Menurut zam,dia bersetuju untuk bernikah dengan wanita yang ingin menawarkan khidmat ‘cina buta’ kepadanya dengan tempoh kontrak ditetapkan selama sebulan sahaja supaya wanita itu dapat kembali bersama bekas suaminya.
Zam yang berasal dari Perak menambah,kejadian itu berlaku pada tahun 2018 dan niatnya antara lain adalah untuk membantu pasangan yang memerlukan dan dia tidak meletakkan sebarang upah atas bantuan yang diberikan itu.
“Lebih daripada pendedahan itu,bila sudah menjadi isteri yang sah walau terikat dengan kontrak perjanjian perkahwinan,kedua-dua ‘cina buta’ ini juga memberitahu turut ‘menyentuh’ bekas isteri yang dikahwini mereka sepanjang tempoh kontrak itu.”
Mengulas senario itu,Pakar kaunselor keluarga yang kerap mengulas isu kekeluarga melalui siaran televisyen, Hushim Salleh berkata, tindakan tersebut sering dilakukan oleh pasangan yang tiada pilihan lain untuk mereka kembali bersatu sebagai suami isteri.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Susulan itu,beliau mengingatkan kepada pasangan suami isteri,perlu berfikir panjang jika berlaku pertelingkahan sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.Sebab itu dalam Islam, jika bergaduh, suami yang ingin menceraikan isteri perlu berfikir banyak kali, jangan sampai terus lafaz talak tiga. Itu yang jadi gila talak dan terpaksa melalui perkara yang leceh ini;katanya
Hushim menambah perlunya sesi kaunseling bagi pasanagn yang sedang bersengketa sebgai usaha mengharmonikan semula rumah tangga yang bermasalah.
Like dan follow page rasmi Media Spontan di Facebook ,Twitter dan Instagram untuk mendapat maklumat terkini dan menarik.