Viral dua pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kepala Batas apabila berjaya meraih pendapatan RM19,000 dengan hanya menjual baju mengikut trend semasa di asrama kolej kediaman mereka.

Lebih menarik perhatian pendapatan tertinggi mereka itu hanya berlaku selama 5 hari sahaja.

Namun disebalik kejayaan meraih pendapatan tinggi,mereka juga tidak terlepas dari cabaran berniaga terutama hari-hari terakhir mereka membuat promosi jualan.

Menurut mereka,ada dikalangan pelajar pada awalnya beria sangat ingin membeli sehingga memberi nombor telefon untuk dihubungi semula,tetapi bila dihubungi untuk sahkan tempahan ,nombor mereka sudah diblok.

Ada dikalangan rakan seasrama juga bila mereka datang,ada yang tidak menghiraukan dan ada juga yang gelak dari dalam bilik tanpa membuka pintu.

Menyingkap kisah dua orang pelajar perakaunan ini meraih pendapatan sehingga hampir 20k dalam masa 5 hari,mereka sebenarnya bermula sebulan yang lalu namun mereka memanfaatkan cuti pendek selama lima hari selepas tidak pulang ke rumah berikutan sekatan merentas negeri ketika PKP.

Dengan menggunakan platform grup whatsapp dan facebook bagi tujuan promosi produk,mereka juga membuat promosi habis-habisan sehingga mengetuk pintu bilik asrama pelajar yang lain pada hari kelima sebelum menutup tempahan.

Menurut mereka,dalam tempoh lima hari mereka membuat all out dan mendapat 500 tempahan baju membabitkan pelajar kolej lelaki dan perempuan.

Pada awalnya mereka hanya mensasarkan hanya 300 tempahan sahaja.Oleh kerana risau masih ada pelajar lain yang ingin dan terlepas pandang promosi tersebut maka mereka nekad untuk gerak dari pintu ke pintu dan usaha mereka berhasil sehingga mencapai jualan 500 unit dan nilai perolehan sebanyak RM19,000 untuk tempoh itu.

Kedua pelajar berkenaan,Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan dan Danish Aiman Ahmad Rizal yang baharu sahaja saling mengenali sejak semester lalu,mereka ada persamaan apabila mempunyai minat dalam perniagaan,Amzar mengusahakan bisnes minuman yogurt dan Aiman pula terlibat dalam perusahaan kek.

“Mereka bersyukur,berkat usaha dan kerja bertungkus lumus,mereka meraih pendapatan yang berbaloi dengan usaha keras selama 5 hari,sehingga tidak cukup tidur menyediakan order.

Ujar dua sahabat ini lagi yang sempat berkongsi pencapaian membanggakan itu melalui aplikasi video tiktok,mereka mendapat bekalan baju dari sebuah kilang di Selangor dan tempahan juga datang daripada beberapa kolej matrikulasi yang lain.- Meletoop

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial