Pasir Gudang: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengesahkan berjaya menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin  di negeri itu.

Modus operandi sindiket itu dengan menjalankan kegiatan mereka dengan mencuri arus elektrik menyebabkan kerugian besar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Negeri bersama Pasukan ‘Seal TNB’ pada semalam dan kelmarin, di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Tangkak dan Muar telah berjaya menyerbu 21 rumah kedai dan merampas 1,746 mesin melombong bitcoin dengan nilai rampasan sebanyak RM2.6 juta, iaitu rampasan terbesar di negeri johor setakat ini.

Menurut Datuk Ayob Khan lagi, Di Johor Bahru Selatan, lima premis diserbu membabitkan rampasan 421 mesin bitcoin.

Pasukan itu juga  turut menyerbu lapan premis di Seri Alam dan merampas 608 mesin bitcoin, enam premis di Tangkak dengan rampasan 553 mesin bitcoin dan dua premis di Muar membabitkan rampasan 132 mesin bitcoin.

“Kami menyerbu 21 rumah kedai dan merampas 1,746 mesin melombong bitcoin dengan nilai rampasan RM2.6 juta, iaitu rampasan terbesar di negeri ini setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.

Dalam operasi itu juga polis turut menahan tujuh lelaki tempatan berusia 24 hingga 64 tahun yang  berperanan sebagai individu yang memastikan premis menempatkan mesin bitcoin berada dalam keadaan baik dan tidak terbakar. Penahanan itu membolehkan polis menumpaskan sindiket terbabit yang bergerak aktif sejak awal tahun 2020.

Menurut beliau, sebahagian besar premis yang diserbu terletak di tingkat atas bangunan.

Mengulas lanjut operasi penyambungan haram bekalan elektrik itu,ujar beliau,setiap seunit mesin melombong bitcoin itu memerlukan satu kuasa kuda untuk berfungsi selama 24 jam..

Kegiatan mengubahsuai dan melakukan penyambungan secara haram pada pendawaian elektrik itu juga  boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, kerosakan dan gangguan arus elektrik pada premis berdekatan.

Merujuk data yang dikeluarkan oleh TNB Johor,beliau berkata sepanjang tahun 2020, TNB Johor kerugian kira-kira RM90 juta akibat aktiviti mencuri arus elektrik bagi kegiatan melombong bitcoin.

Mengulas lanjut,beliau mengatakan,seunit mesin bitcoin ini boleh dibeli pada harga RM200 hingga RM3,000 secara atas talian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan melakukan khianat ke atas harta benda milik TNB

Manakala bagi pihak TNB pula tindakan diambil mengikut Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurut beliau,Polis juga akan lihat kesesuaian untuk mengambil tindakan terhadap suspek dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) .

Semua  suspek direman bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan

Beliau berkata lagi, pihaknya masih mengenalpasti saki baki ahli sindiket yang masih bebas dan kemungkinan sindiket ini turut mempunyai rangkaian dengan sindiket di negeri lain”katanya

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial