Spontanpress memetik satu sumber berita terkait jenayah bunuh pada hari ini yang berlaku di Alor Star,Kedah.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir,mangsa mati dibunuh samada dikelar atau ditetak dengan menggunakan benda tajam.

Berdasarkan laporan bedah siasat  mangsa  mengalami kecederaan pada leher akibat tekanan objek tajam.

Sebelum itu,Polis dimaklumkan berlaku pergaduhan dua lelaki  di Lebuhraya Sultan Abdul Halim sekitar jam 4.30 petang semalam, sebelum menemui mayat lelaki warga emas yang berusia 73 tahun  di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti yang dipercayai adalah mangsa pergaduhan sebelum itu.

Ahmad Shukri  berkata kes masih dalam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Media Spontan

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial