SEPERTI  aksi lagak drama gerak khas apabila berlaku adegan penjenayah lari dari tahanan  polis dalam keadaan lalulintas yang agak sibuk di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh pada tengahari tadi.

Lebih menambahkan aksi apabila suspek terus memecut sehingga mencetuskan pelbagai reaksi pengguna jalan raya yang lain untuk mengelak dari ditahan pihak berkuasa.

Menurut saksi, kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model tetapi enggan membuka pintu kenderaan.

Keengganaan  suspek menyerah diri sebaliknya terus menekan pedal minyak kenderaan yang dinaiki sehingga merempuh lori dan beberapa kenderaan yang berada di hadapan dan belakang.

Kejadian itu yang tular di media sosial turut mencetuskan kegusaran apabila suspek bertindak lebih agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaan dinaiki sudah dikepung.

Ekoran itu polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan lain.

Saksi menambah, suspek yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

Namun penjenayah berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit dalam situasi yang cemas itu.

Tetapi akhirnya polis berjaya menemui kereta penjenayah berhampiran MRT Damansara Damai dan suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran,

Saksi berkata tindakan anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial