Pada Jumaat Mahkamah Majistret Pulau Pinang mengeluarkan perintah reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang anggota berpangkat Lans Kopral  bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kerana melindungi sindiket pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.

Selain mereka terdapat dua indidivu lain yang terlibat dalam kes tersebut turut direman.Masing-masing seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berusia 36 tahun dan  seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun turut direman.

Tahanan reman dikeluarkan  keatas keempat-empat individu itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu,Pegawai Polis dan tiga suspek yang lain dibawa ke mahkamah sekitar jam 10.30 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, dua anggota polis itu diserahkan oleh polis di pejabat SPRM Pulau Pinang manakala dua lagi ditahan oleh SPRM pada Khamis.

Kesemua suspek dipercayai menerima wang suapan berjumlah RM500,000 daripada sindiket pengedaran dadah bagi melindungi serta tidak membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di sekitar negeri Pulau Pinang.

Anggota polis terbabit difahamkan, seorang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang manakala seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Tahanan reman bagi Pegawai Polis yang berusia 43 tahun,Lans Kopral 40 tahun dan kakitangan MBPP sehingga hari ini manakala Ahli perniagaan direman sehingga Isnin.
Perintah reman pula dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md Eusoff.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial