Pelawak dan pelakon Atu Zero,29 difahamkan dikejarkan ke hospital pada kelmarin apabila tiba-tiba rebah selepas solat isyak.

Melalui hantaran di Instagramnya  Shafeeqa Johari, Atu Zero disahkan mengalami strok haba oleh doctor yang merawatnya.

“Kecundang jua hero kami,,,bukan cobid ya.. rehydrate, kepenatan, keletihan” hantaran shafeeqa melalui Instagram.

Menurut shafeeqa,selepas solat isyak Atu duduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah dihadapannya.

Tambahnya,dia terus membawa suaminya ke hospital dan doktor sahkan badan Atu Zero kekurangkan air,disebabkan  dari itu  dia terkena serangan strok haba dalam cuaca panas yang melanda sekarang.

Doktor yang merawat Atu juga menyatakan bahawa strok haba amat merbahaya dan boleh membuat badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.katanya.

“Sebelum ini Atu pernah mengadu tidak dapat merasa(rasa kebas) separuh tangannya”

Dalam caption hantaran sheefiqa bersama gambar Atu terbaring dikatil hospital itu lagi,katanya

“slalu nya kami yg sakit,dia yg gagh… x pernah aku lihat dia di atas katil hospital”.

Akui Shafeeqa,Atu seorang suami yang kuat berkerja untuk mencari rezeki dan penuh dengan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Allah tahu ko strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap…. xpe b, jgn risau… ada lagi rezeki lain… Suami, org paling gagah dalam rumah tangga. Klo sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki…..”

Pada masa sama isteri kepada pemilik nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif itu sayu atas kejadian yang menimpa suaminya.

….Sayu tgk muka suami… syukur alhamdulillah tiada apa2 yg serius… klo sakit jgn biarkan lama2… trus lah g hospital…

Sambil menambah,suaminya kadang berpura-pura sihat agar keluarganya tidak berasa risau atau bersusah hati.

… kdg2 suami ni pura2 sehat, xnk kita ni risau… atu ni rajin… tp dah sampai limit dah kekuatan badan tu… xleh nk buat ap2 trus…

Atu Zero dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan terkena strok haba – gambar IG Shafeeqa isteri Atu Zero

Atu Zero kini masih dalam rawatan dan sedang berehat sepenuhnya sehingga sihat untuk kembali berkerja.

Atu Zero bersama dua orang adik-beradik yang lain adalah pelawak dan pelakon yang meningkat popular selepas menjuarai program realiti TV Maharaja Lawak Tahun 2014.
Selain itu Atu juga bergandingan dengan Fad Bocey dan Fakhrul Unic dengan menamakan kumpulan mereka UNI dalam program Muzikla Lawak Superstar musim kedua.
Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial