Kehilangan seorang wanita yang dilapor pada 1 mac baru-baru ini akhirnya terjawab selepas menahan suami kepada mangsa seterusnya menemui mayat wanita itu disebuah ladang kelapa serai.

Media sebelum ini melapor­kan polis menerima laporan mengenai kehilangan seorang wanita, namun menafikan berlaku kes melepaskan tembakan di Kota Tinggi,Johor.

Susulan laporan itu, polis memberkas suami wanita tersebut yang berusia 40 tahun dan merampas dua laras senjata dan sejumlah peluru kerana tiada lesen yang sah.

Dengan penahanan itu,polis menemui petunjuk dan akhirnya kehilangan wanita itu  terbongkar selepas sehari kejadian dilaporkan.

Sumber mengatakan bahawa wanita tersebut rupa-rupanya telah meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri.

Mangsa dipercayai dibunuh kejam dengan mayatnya dibalut dan disumbat ke dalam tong berwarna biru.

Tong tersebut kemudian ditanam di dalam sebuah ladang kelapa serai di daerah sama bagi melupuskan bukti.

Menurut sumber lagi, hasil soal siasat ke atas lelaki yang be­kerja sebagai pemandu jengkaut itu membawa kepada pe­nemuan mayat isterinya di ladang tersebut semalam.

Siasatan di lokasi ladang serai mendapati keadaan mayat mang­sa sudah kembung dan dipercayai dibunuh pada hari yang sama kehilangan dilaporkan kepada pihak polis.

Suspek  dipercayai bertindak demikian kerana cemburu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat bagi me­ngetahui punca kematian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Kemaskini 5.57pm

Pembunuhan tragis yang berlaku Taman Saujana, Kota Tinggi yang dilakukan oleh  suami mangsa yang berusia 43 tahun,dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Tambahnya, kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan pada 1 mac lalu.

Susulan itu penahanan dilakukan terhadap suami wanita serta seorang lelaki yang berusia 32 tahun juga rakan baiknya sebagai suspek utama bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah kira-kira 2 pagi pada Isnin lalu dan tidak pulang ke sejak itu kerana mendakwa berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu sebelum mangsa keluar rumah.

Tambah Ayoh Khan,siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan mendatangkan kecederaan dan pemilikan senjata api.

Kedua-dua suspek ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori,jika sabit kesalahan.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial