Para pencari kerja dan berminat dengan sektor perladangan dan komoditi,jangan lepaskan peluang mengikuti Karnival Agrikomoditi 2021 yang akan diadakan. pada 9 dan 10 Mac ini.

Sebanyak 1,000 peluang pekerjaan dalam bidang tersebut  bakal ditawarkan melalui pengisian program Karnival Agrikomoditi itu nanti.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui kenyataan media tadi memaklumkan program yang diadakan itu adalah usaha menarik lebih ramai rakyat di negara ini bekerja dalam sektor perladangan yang menjanjikan pendapatan lebih baik.

Program dengan kerjasama  Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu menyasarkan 3,000 penyertaan dalam kalangan warga tempatan dan komuniti Orang Asli.

Menurut sumber,program itu akan dirasmikan Menteri KPPK, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada jam 9 pagi Selasa ini.

Majlis perasmian boleh ditonton melalui lamanĀ https://bit.ly/3rguSgY.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautanĀ https://careerfair.perkeso.gov.my.

Selain sesi temuduga secara maya, sesi taklimat berhubung Penjana Kerjaya 2.0 dan Portal MYFutureJobs serta sesi Webinar Peluang Kerjaya di Sektor Agrikomoditi turut diadakan.

Katanya, semua pihak terutama golongan belia, graduan dan seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai karnival kerjaya ini bagi merebut peluang pekerjaan di sektor agrikomoditi yang diadakan secara maya itu.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial