‘Pembunuhan terhormat’ dengan memenggal kepala merujuk kepada pembunuhan ke atas seseorang biasanya lebih kepada wanita yang melanggar adat budaya, masyarakat dan agama.

Memetik satu sumber di wilayah Ittar Pradesh,Utara India berlaku kejadian seorang ayah memenggal kepala anaknya selepas berang dan mengetahui anaknya menjalin hubungan dengan lelaki yang tidak dikenali

Lebih tragis,selepas membunuh dan memenggal kepala anaknya,lelaki yang dikenali  Sarvesh Kumar turut mengejutkan orang ramai apabila berarak di jalan raya sambil membawa kepala anak perempuannya itu.

Dalam situasi sedemikian lelaki itu juga sempat menjawab panggilan telefon dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa badan anaknya masih berada di rumah.

Dalam rakaman video yang sempat diambil oleh orang awam,kumar kelihatan berjalan tanpa memakai kasut di jalanan bersama kepala mangsa.

Kelihatan dalam rakaman video itu,salah seorang penduduk cuba menghampiri Kumar dan memeriksa sekiranya lelaki itu ada membawa senjata.

Pembunuhan tragis berlaku di Kota Tinggi Johor

  1. Bunuh Isteri Dengan Menembak Masa Tidur Dan Tanam Mayat Lupus Bukti

Kumar menganggap tindakan membunuh anaknya adalah perkara bukan masalah dan berikrar untuk membunuh kekasih anaknya jika berjaya mencari lelaki berkenaan.dan menganggap tindakan itu sebagai ‘pembunuhan terhormat.’

Sumber yang dipetik juga menyatakan pihak polis berjaya menemui mayat Neelam dan sudah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Polis juga menahan Kumar bersama isterinya untuk tindakan lanjut.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial