Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui pemakluman di lamam sosial badan itu hari ini memberitahu  kepada semua Ahli KWSP yang berusia di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula esok.

Sistem  i-Sinar yang sudah dikemaskini itu membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu,boleh membuat pembetulan,antaranya,
  • Ahli yang tersalah meletakan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal atau jumlah yang dipilih bukan had maksimum,pencarum dibolehkan membuat perubahan sekali sahaja melaui portal i-Sinar.
  • Pindaan jumlah pengeluaran pula tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan.Ini bermakna ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia bergantung kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.
  • Sebarang pindaan tidak boleh dilakukan kepada mana-mana ahli yang sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat.
  • Had jumlah pengeluaran pula tertakluk kepada baki simpanan ahli, dan jadual pembayaran maksimum selama enam bulan adalah ┬ákekal.

Merujuk  permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari,KWSP akan memberi kelulusan secara berperingkat selepas penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat, dengan bayaran bermula Selasa lalu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata, langkah kerajaan memansuhkan syarat pengeluaran simpanan kwsp melalui kemudahan i-Sinar bulan lalu adalah bukti  komitmen berterusan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat.

Menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

KWSP dalam kenyataan juga sentiasa melakukan pengemaskinian dan memaklumkan maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui portal KWSP,iSinar atau melalui laporan media.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial