Akibat tidak mampu mengawal tekanan  dan enggan menyerah kepada pihak berkuasa setelah waran tangkap dikeluarkan  kerana menipu berkaitan jual beli nombor flat kenderaan yang bernilai jutaan baht.

Seorang lelaki yang tinggal Muang, Thailand. tergamak menembak mati dua isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian mendebarkan di sebuah kondominium di pusat bandar itu.

Menurut sumber kedua-dua isteri lelaki berkenaan juga turut terlibat dalam komplot penipuan tersebut.

Sumet Krongwong, 25, dan dua isterinya, Anada Piyarakatan, 18, dan Wichuda Siamsak, 22, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam  bilik tidur kediaman mereka.

Ketiga-tiga mereka didakwa menipu 20 individu berkaitan jual beli nombor plat kenderaan melalui laman web yang mereka wujudkan bagi tujuan mengiklankan nombor plat kenderaan yang menarik untuk dijual.

Ekoran itu,ramai pelanggan dilaporkan telah memindahkan wang kepada mereka namun tidak menerima nombor plat yang dijanjikan.

Susulan itu laporan terhadap mereka dibuat dan waran tangkap ke atas mereka dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Phra Khanong di Bangkok.

Dan pihak polis telah mendatangi  kediaman mereka dan meminta ketiga-tiga mereka menyerah diri tetapi sebaliknya suspek  enggan menyerah malah mengugut membunuh diri dan seluruh keluarganya termasuk anak perempuan berusia tiga tahun.

Suspek melepaskan empat tembakan dari dalam rumah yang dipercayai bertujuan sebagai amaran agar pihak berkuasa menjauhkan diri.

Bagi mengelak kejadian tidak diingin berlakui,polis membuat keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah kerana bimbang suspek  akan bertindak mencederakan diri atau isteri-isterinya.

Tinjauan polis pada Jumaat sekitar 2 pagi melalui  dron untuk memeriksa keadaan sumet dan isteri-isterinya menggunakan imbasan suhu jarak jauh, mendapati ketiga-tiga suspek sudah tidak bernyawa.

Sumet sempat menulis  sekeping nota yang memberitahu dia bertanggunjawab atas kematian dua orang isterinya dan dirinya dengan menembak mati  menggunakan pistol 9mm.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial