Kerajaan seperti mana dalam ucapan oleh Perdana Menteri pada amanat perdana 1 mac lalu akan menambahbaik 4 langkah bagi membantu golongan dan sektor yang terjejas semasa pandemik covid-19 masih belum berakhir ini.

Susulan itu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik sebagai berkata kerajaan bakal mengumumkan pakej bantuan baharu itu bagi membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik ini.  

Beliau berkata kerajaan sudah mempunyai data dan sedang melihat siapa yang betul-betul terkesan yang membabitkan individu dan juga syarikat,namun pakej baharu ini katanya lebih tumpuan kepada kumpulan paling terjejas seperti sektor pelancongan.

Pengumuman pakej bantuan baharu ini  dijangka akan dibuat dalam masa terdekat bagi membantu dan memastikan golongan dan pihak yang terjejas berupaya untuk memulakan perniagaan mereka semula.

Katanya,biarpun ekonomi dibenarkan beroperasi namun masih terdapat sebahagian industri belum dibenarkan memulakan kembali operasi.

Sebagai contoh sektor pelancongan,kebanyakan penggiat dalam sektor tersebut masih tidak dapat beroperasi semula disebabkan ketidaktentuan membabitkan larangan rentas sempadan antara negeri.

Ekoran itu  kerajaan sedang meneliti jenis bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada sektor ini dan  menyedari bahawa sektor pelancongan memerlukan bantuan yang berbeza daripada sektor lain.

BACA : 1000 Peluang Kerjaya Ditawar Selasa Ini Melalui Karnival Agrikomoditi 2021

Beliau menyatakan pakej bantuan baharu ini akan membantu mengukuhkan lagi pemulihan ekonomi negara susulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pakej Baharu Mungkin Diumumkan Bulan Ini

Sebelum ini,Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari 2021 menyatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan strategi tambahan pada pertengahan Mac 2021.

Strategi itu adalah bagi membantu memulih dan mengurangkan impak ekonomi akibat penularan covid-19 di negara ini.

Langkah tambahan itu juga merangkumi bantuan kepada golongan miskin serta kumpulan yang kehilangan pendapatan dan sektor yang terjejas.

Juga meningkatkan sokongan kepada perniagaan terutamanya kepada sektor yang masih belum dibolehkan beroperasi dan yang sedang dalam proses membuka semula perniagaan selepas perintah kawalan pergerakan.

“Tunggu sajalah,saya akan umumkannya nanti,mungkin pada pertengahan Mac ini”Muhyiddin

Pakej Bantuan Setahun Malaysia Prihatin

Menyentuh berkaitan pakej bantuan yang disalurkan tahun lalu Zafrul  yang ditemui pada sidang media khas Setahun Malaysia Prihatin di Kementeriannya baru-baru ini berkata bantuan-bantuan yang disalurkan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan dalam membantu individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS Mikro yang terjejas.

PKS adalah penyumbang utama dalam KDNK Negara iaitu 38 peratus dan sektor ini juga menggajikan hampir 70 peratus pekerja

Selain itu,Tengku Zafrul menambah,kerajaan mengunjurkan defisit negara bagi tahun ini akan berkurangan daripada 6.2 peratus iaitu meningkat sebanyak 2.8  peratus pada tahun 2020 daripada 3.4 peratus pada 2019.

Namun ianya bergantung kepada sepantas mana ekonomi negara kembali pulih dan fokus  kerajaan adalah  menyokong sektor tertentu bagi  mengembangkan ekonomi  Negara yang terjejas.

Untuk rekod dalam setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui kerajaan,beberapa insiatif bantuan diperkenalkan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Antaranya adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Prihatin PKS bernilai RM260 bilion yang dilancarkan pada Mac dan April tahun lalu yang mana memanfaatkan lebih 20 juta individu dan 2.4 juta perniagaan

Selepas itu kerajaan memperkenalkan pula Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pada Jun tahun 2020 dan pakej ini membantu lebih 12.5 juta individu dan 350,000 perniagaan yang terkesan akibat pandemik covid-19,manakala pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas,Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion membantu lebih 10.1 juta individu dan 705,000 perniagaan.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial