Mahkamah Tinggi Kuching  memutuskan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh teman wanitanya empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat setelah Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin berpuas hati dengan pasukan pendakwaan yang telah membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh Sohffian Abu Hassan, 41 melampaui keraguan munasabah.

Chin berkata , fakta yang dikemukakan telah membuktikan intipati pembunuhan.

Pada tahun 2017,negara digemparkan dengan  kes pembunuhan yang disyaki dilakukan oleh seorang pegawai polis empat tahun lalu kerana marah dan cemburu dengan mangsa yang juga teman wanitanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang terdahulunya bertugas di Belaga didakwa membunuh Siti Nadrah Abdullah, 33, pada 21 Mei 2017, jam 3.15 petang di Kampung Kakai, Serian.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menembak mati mangsa dan melarikan diri dari tempat kejadian menaiki kenderaan polis.

Selepas itu,tertuduh ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Hari ini Mahkamah Kuching memutuskan sabit kesalahan kepada tertuduh dan memperuntukan hukuman mati mandatori.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Suk Hui.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial