Seorang lelaki warga tempatan ditahan reman selama enam hari hingga 14 Mac depan berhubung siasatan kes wanita ditemui mati dijerut dalam kejadian pada Isnin sehingga mati di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang kelmarin.
BACA ARTIKEL TERBAHARU : Inspektor Polis Ke Tali Gantung
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 57 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Kajang bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Fadzil,Suspek ditahan sekitar pukul 8.45 malam di sekitar Kajang semalam. Penahanan itu dibuat dalam tempoh 24 jam mayat mangsa ditemukan,setakat ini hubungan suspek dengan mangsa masih belum diketahui.
Difahamkan mangsa dilapor hilang pada Sabtu dan susulan kehilangan itu,rakan setugas mangsa telah pergi ke rumah sewa mangsa sebelum menemui mayat mangsa dengan kesan jerutan di leher menggunakan kabel penyambung elektrik
Spontanpress sebelum ini melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Nik Khatijah Nik Mud, 32, ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.
BACA Artikel terkait
Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu difahamkan berkhidmat dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sebagai Pengurus Jabatan Advokasi sejak 2013.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Kereta jenis Nissan Almera warna hitam milik mangsa turut ditemui tidak jauh dari kawasan parkir di sebuah pasar raya di Jalan Reko, Kajang.