Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tetak isteri lebih kurang  pukul 7.00 malam seterusnya bergegas ke tempat kejadian sebelum gerakan memburu suspek dilancarkan.

Memetik kenyataan Ketua Polis Tawau,Asisten Komisioner Peter Umbuas  berkaitan kes ini berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga warga asing berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh salah sebuah ladang saeit didaerah itu sempat melarikan diri selepas kejadian itu.

BACA ARTIKEL TERBAHARU : Inspektor Polis Ke Tali Gantung

Namun tindakan segera pihak polis  berjaya menahan suspek  selepas bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 12.05 tengah malam.

Polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang

Menurut Peter,hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengetahui tentang hubungan sulit isterinya.

Keengganan mangsa berterus terang tentang hubungan sulitnya kepada suspek menyebabkan suspek berang sehingga kepada tindakan menentak mangsa.

Pemeriksaan awal forensik mendapati satu kesan tetakkan di bahagian belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Mangsa juga dilapor sedang mengandung,Polis sedang menahan reman  suspek selama tujuh hari untuk siasatan kanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial