Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat  hari ini mengesahkan penahanan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu hari ini

Penahaanan suspek susulan laporan polis dibuat empat wanita yang terdiri daripada kakitangan dan pekerja kontrak kebersihan sekolah pada 8 Mac dan semalam.

Kesemua mangsa mendakwa suspek menghantar teks berunsur lucah melalui aplikasi WhatsApp selain ada yang dicabul ketika berada di sekolah berkenaan.

Sementera itu dalam siasatan lanjut  Mohd Adli  berkata perbuatan cabul dan gangguan seksual suspek dipercayai bermula sejak  awal Januari hingga hujung bulan lalu

Suspek yang  berusia 52 tahun itu ditahan pihak polis di rumahnya di Kuala Nerus kira-kira jam 11 malam kelmarin.Tambah Mohd Adli mangsa  kini direman selama empat hari sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan.

Penahanan suspek dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) kerana cabul dan Seksyen 509 KK kerana mengaibkan kehormatan.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial