Kejadian dilanggar sehingga mengakibatkan kematian,dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar bas mini di Jalan Utara, Batu 5, tengah hari tadi.
Sumber mengatakan,kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.25 tengah hari semasa ketiga-tiga mangsa termasuk pemandu dan konduktor bas mini itu sedang menukar tayar bas di tepi jalan berkenaan.
Difahamkan kenderaan pacuan empat roda itu merempuh mangsa dari arah belakang sehinggakan konduktor bas turut terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Kenyataan dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung pula berkata, lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 tengah hari tadi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan dua kenderaan dan kereta pacuan empat roda dilaporkan merempuh bas termasuk mangsa yang berada di bahu jalan.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Dalam kejadian itu menyebabkan dua mangsa lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang parah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut,katanya.-SP Online
Ikuti kami di media sosial Facebook – Media Spontan untuk lebih info