JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memburu seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dengan alamat terakhir di sebuah apartmen di Puchong, Selangor.
“Suspek ini merupakan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dan sudah tamat perkhidmatan.

“Saya minta mana-mana individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai Inspektor Prakash.

‚ÄúSuspek merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke- 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Jelas Ayob Khan, suspek dicari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Katanya, setakat ini, 92 individu telah ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong berhubung kes terbabit.

Daripada jumlah itu, 40 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat.-AstroAwani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial