Pemandu toyota hilux maut di tempat kejadian manakala tiga rakan yang lain berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang cedera parah. – Gambar/ PDRM
Seorang pekerja kebun warga Bangladesh maut manakala tiga rakannya parah selepas pacuan empat roda dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tanah di Simpang Tiga Gajah Putih dekat Jenerik, di sini, pada Ahad.
Memetik sumber dari Astro Awani,kejadian berlaku jam 10.15 pagi tadi apabila Toyota Hilux dipandu Babul Mohammad Azaharul Islam, 32, dipercayai keluar dari simpang sebelum dirempuh lori berkenaan.
Kenderaan mangsa juga terseret sejauh kira-kira 20 meter sebelum berhenti di pembahagi jalan.
Sumber astro awani,menyatakan pemandu pacuan empat roda itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tiga rakan yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang cedera parah.Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis dalam kenyataan berkaitan kejadian pada astro awani mengatakan,mangsa yang meninggal dunia adalah warga Bangladesh namun identiti tiga lagi rakannya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri dibawa bersama
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat, manakala tiga rakannya yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Polis berkata pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.