Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan Pendakwah Bebas PU Riz bagi membantu siasatan isu pematuhan SOP

Sebelum ini, tular gambar koleksi semasa majlis itu berlansung dengan sebilangan netizen mempersolkan pematuhan SOP yang sedang dikuatkuasakan.

Memetik sumber sahih pula,pihak Polis sudah membuat siasatan awal dan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Menurut  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah,kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dan dalam kenyataan itu,pihak polis akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz mendapat liputan media sehinggakan gambar yang dikongsi mendapat kritikan netizen dengan membandingkan SOP Masjid dan majlis berkenaan.

Pada sabtu pasangan itu selebariti selamat diijabkabulkan oleh adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial