Kuala Lumpur: Polis menunggu pasangan suami isteri Neelofa dan PU Riz bagi melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular itu.
Laporan harian metro hari ini,Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis perlu mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.
“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat.
“Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya Rozana Mumtaz sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Selasa lalu.