Polis dalam satu kenyataan akan membuka kertas siasatan terhadap selebriti popular Neelofa dan suami Harris Ismail setelah memuat naik gambar dan video bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi Kedah.

Dalam laporan Kosmo Online,Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan segera menyiasat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia merupakan sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial