Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perkongsian di Facebook milik beliau menyatakan yang berbunyi“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,”
Kenyataan itu susulan dakwaan yang mengaitkan dirinya mempunyai skandal dengan seorang artis dalam tahun 90an.
Menerusi hantaran itu juga,beliau berkata, tuduhan tersebut akhirnya terjawab apabila pelakon dan penyanyi tempatan, Ziana Zain membuka mulut mengenai gosip berkenaan dalam program 30 tahun beliau dalam industri muzik pada isnin.
Dulu, blog-blog propaganda pro-Pakatan Harapan (PH) pernah kaitkan saya dengan dia. Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu?
“Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet.
“Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Menurut laporan Astro Awani pada Isnin, pelakon dalam filem Sembilu dan Maria Mariana itu membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990-an.
Selain itu, Najib turut memuat naik artikel portal berita pro pembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan.