PERAI: Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang Plaza Tol Pulau Pinang di sini, pada petang Isnin.

Dalam kejadian jam 5.05 petang, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata ketika kejadian mangsa menungang di laluan motosikal dari arah Perai menuju ke bahagian pulau dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

—Astro Awani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial