Melaka: Derita seorang remaja perempuan yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa serta tiga abang kandungnya berakhir apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan polis semalam.
Perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak di sini.
“Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah.
“Mangsa juga dikatakan diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol,” katanya hari ini.
Menurut beliau, pada malam pula, mangsa dirogol oleh bapanya dan sekiranya melawan, dia akan dipukul.
“Siasatan dilakukan mendapati, kejadian berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada hujung Februari lalu.
“Susulan itu, empat suspek terbabit dan seorang wanita yang juga kakak ipar mangsa ditahan antara jam 12.45 tengah malam hingga jam 1.13 pagi semalam,” katanya.
Kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 48 tahun dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Hasil ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
—Harian Metro