Individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak dianggap bersalah dan  tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber dipetik dari portal Astro Awani yang dikeluarkan siaran pada 6 Mac 2021,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata  suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

“Kerajaan Malaysia menetapkan pengambilan vaksin ini adalah sukarela, tiada paksaan. Jadi, kalau seorang itu namanya sudah ada dalam senarai, dia tidak mahu ambil vaksin… itu terpulang pada dia.”Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Jelasnya lagi“Bagi kita, dia melepaskan peluang untuk divaksinkan… tiada paksaan dan percuma,”

Kenyataan beliau ini dikeluarkan semasa  sesi pertemuan dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan bekas pemain bola sepak Kelantan pada hari tersebut.

Namun beliau menambah dalam pertemuan itu,bahawa  individu yang menolak menerima suntikan disifatkan rugi kerana ianya diberikan secara percuma.

Oleh itu,kerajaan dalam hal ini tiada paksaan namun individu itu sendiri yang seharusnya memikirkan dengan sewajarnya perlu pengambilan vaksin covid-19 ini bagi usaha bersama seluruh dunia bagi memastikan rantaian virus covid-19 terputus seterusnya dunia akan terlepas dari wabak besar ini.-SpontanPress

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial