Gambar sekadar hiasan

KOTA BHARU: Perbuatan vandalisme serta masalah sosial termasuk penghuni melakukan persetubuhan luar nikah adalah antara kesalahan yang dikesan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kelantan.

Penyelaras Stesen Kuarantin Kelantan, Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Shafie Ramli, berkata selain itu, terdapat juga kes penghuni melarikan diri sebelum tamat tempoh kuarantin.
Katanya, semua itu adalah antara cabaran yang dihadapi petugas yang mengawasi PKRC di negeri berkenaan.

Memberi contoh kes di PKRC Stesen Kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini, Shafie berkata, terdapat lima kes lari dari pusat itu selain perbuatan merosakkan katil serta tingkap serta satu kes persetubuhan luar nikah.

“Kami telah mengasingkan lelaki dan perempuan… kita tak jaga sepenuh masa mereka di dalam. (Dalam) bilik mereka bebas bergerak.

“Walaupun dah bagi teguran… bila (petugas) keluar bilik berlakulah perkara tersebut… staf saya buat semakan (pemeriksaan) ternampak pesakit lelaki keluar bilik… keluar dari blok perempuan.

“Selain itu, ada juga yang yang lari dari PKRC… Ada empat atau lima kes… Mereka cabut besi, lari keluar dan datang balik… keluar sebab nak berbuka puasa di rumah.

“Untuk semua kes serta masalah sedemikian, kami akan terus buat laporan polis untuk siasatan,” katanya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, PKRC Stesen Kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa yang mempunyai blok asrama perempuan dan lelaki turut menempatkan bekas banduan yang perlu menjalani kuarantin.

Baca juga antara artikel terkini:-

Menurut Shafie lagi, sejak dibuka, PKRC itu telah menerima lebih 1,700 orang untuk proses saringan dan kuarantin termasuk 41 bekas banduan.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai 24 petugas yang mengawasi pusat berkenaan 24 jam sehari, dengan pengawasan lebih ketat dibuat terhadap bekas banduan serta penghuni yang kurang berdisiplin.
—Astro Awani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial