Ipoh: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang disahkan positif Covid-19 minggu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Artikel Terkini:-

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

—Harian Metro

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial