PENAMPANG – Penuntut bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Muzik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Maya Hejnowska dinobatkan selaku pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2021 pada Isnin di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Gadis berdarah campuran Kadazan-Polish itu yang merupakan pemenang Unduk Ngadau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api berjaya menewaskan 21 peserta akhir.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Maya mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2019, Francisca Ester Nain.

ARTIKEL YANG JUGA MUNGKIN ANDA MINATI:-

Selaku pemenang, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830 termasuk wang tunai sebanyak RM25,000 dan biasiswa pendidikan dari North Borneo University College (NBUC) bernilai RM35,000.

Anak kedua daripada tiga beradik itu turut memenangi gelaran Tati Tosuau (Miss Friendly) semasa Sodop Pintutunan atau Malam Gala UNK yang diadakan pada 28 Mei lalu.

Selain itu, Maya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah muzik juga dipilih sebagai Miss Charming melalui undian laman web.

– K! ONLINE

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial