KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 penjawat awam bermula dari Gred 29 sehingga Jusa A dan ke atas diwajibkan memberi sumbangan antara RM10 dan 50 peratus daripada Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.
“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

LAGI ARTIKEL TERKINI:-

Jelasnya, perincian pelaksanaan penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau turut menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

—Astro Awani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial