KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China atas pencerobohan 16 pesawat milik tentera udara negara itu ke dalam ruang udara Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

“Kementerian ini juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ini.

“Di samping itu, saya juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawat saya di China.

“Pendirian Malaysia sangat jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara. Tetapi tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” ujar Hishammuddin dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pesawat mencurigakan itu telah memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada pagi Isnin.

Lagi Artikel Terkini:-

Namun, Kedutaan Besar China di Malaysia mendakwa tindakan 16 buah pesawat tentera republik itu memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia adalah sebagai latihan penerbangan biasa dan tidak menyasarkan mana-mana negara.

—Astro Awani

Please follow and like us:
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial