KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengumumkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan menduduki peperiksaan itu pada tahun depan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ujian lisan dan amali Sains akan dilaksanakan pada Februari 2022, manakala peperiksaan bertulis akan bermula Mac 2022.
Artikel Berkaitan :-
“Berdasarkan pengalaman menguruskan SPM 2020, kita yakin segala proses SPM 2021 boleh berjalan lancar,”
Sementara itu dalam sidang media yang sama Radzi Jini mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
Antara Artikel Menarik Dan Terbaharu
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media khas Menteri Pendidikan hari ini.