Media Perancis telah mendedahkan berapa sebenarnya nilai setiap gol yang berjaya dijaringkan oleh Lionel Messi dalam saingan Ligue 1 yang perlu dibayar oleh Paris Saint Germain.
Laporan tersebut mendakwa yang PSG perlu mengeluarkan dana bernilai €10 juta untuk setiap gol yang berjaya dijaringkan oleh Messi dalam saingan Ligue 1.
Laporan tersebut mendakwa yang PSG perlu mengeluarkan dana bernilai €10 juta untuk setiap gol yang berjaya dijaringkan oleh Messi dalam saingan Ligue 1.
Pemain berusia 34 tahun itu menyertai PSG pada musim panas lalu menerusi perjanjian perpindahan percuma selepas Barcelona gagal untuk menawarkan kontrak baru kepadanya.
Messi kemudiannya segera ditandatangani oleh gergasi Perancis itu yang meletakkan harapan setinggi gunung agar beliau mampu membantu kelab menjuarai saingan Champions League.
Messi turut berjaya memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada musim lalu dan tentunya kem PSG berharap beliau akan mampu konsisten pamer aksi terbaiknya di Parc des Princes.
Walau bagaimanapun, Messi gagal untuk mempamerkan rentak persembahan terbaiknya bersama PSG, dengan beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 21 penampilan dalam saingan liga.
Terbaru, menurut laporan Marca, media Perancis, L’Equipe telah mendedahkan kepada umum tentang berapa sebenarnya yang legenda Argentina itu terima untuk setiap gol yang berjaya beliau jaringkan.
Lagi Berita Menarik Untuk Di Baca :-
- Pernah Tiduri 500 Wanita,Juara Heavyweight Menyesal
- Gaji Penebar Roti Canai Cecah 200K
- Mengejutkan Habuan Setiap Jaringan Leonel Messi
- Mesin Pembersih Sungai – UMS Cipta Prototaip
- Debat Antara Anwar Dan Najib 12 Mei 2022
Laporan tersebut mendakwa yang Messi menerima €30 juta untuk tiga gol tersebut, yang mana beliau diberikan ganjaran €10 juta untuk setiap satu gol yang berjaya dijaringkan.
Walau tidak mampu menjaringkan gol yang banyak, namun Messi tetap cemerlang membantu kelab dari segi bantuan jaringan.
Beliau berjaya mencatatkan 13 assists dalam saingan Ligue 1 pada musim ini, dengan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu sepertinya bakal sekali lagi menjulang gelaran Ligue 1 pada musim ini.
Tujuan utama Lionel Messi ditandatangani oleh Paris Saint Germain adalah kerana pihak kelab sangat berharap beliau akan membantu kelab menjuarai saingan Champions League pertama dalam sejarah kelab.
Walau bagaimanapun, Messi gagal untuk melakukan hal tersebut dan kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti menjadi punca PSG tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas tewas di tangan Real Madrid.
Messi dan sahabatnya, Neymar teruk kena boo dengan penyokong sendiri selepas tersingkirnya PSG dari saingan Champions League musim ini.
Messi dianggap punca PSG tersingkir dari saingan Champions League
Selepas Kylian Mbappe dua kali meledak gol dalam aksi kedua-dua leg untuk PSG mendahului 2-0, gergasi Ligue 1 itu sepertinya sudah hampir pasti untuk layak ke peringkat suku akhir.
Apa yang perlu mereka lakukan adalah bertahan untuk tempoh 45 minit terakhir ketika beraksi di Santiago Bernabeu.
Walau bagaimanapun, PSG gagal untuk bertahan dan membenarkan Karim Benzema mencatatkan hat-trick dalam tempoh 18 minit untuk membantu Real Madrid menyingkirkan anak-anak buah Mauricio Pochettino itu.
Terbaru, menurut sumber laporan dari Mundo Deportivo, pemain kebangsaan Argentina itu sudah bersedia untuk akur dengan kontraknya di Perancis yang mana ia akan tamat pada musim panas akan datang.
Walau bagaimanapun, Messi dikatakan tidak berharap yang beliau akan mampu membantu PSG untuk menjulang gelaran Champions League pertama kelab pada musim hadapan.
PSG sudah beberapa kali mencuba untuk memenangi gelaran paling berprestij di pentas bola sepak Eropah itu, namun usaha mereka tak pernah membuahkan hasil.
Paling hampir adalah ketika kejayaan mereka layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2020 yang lalu, namun PSG pada ketika itu terpaksa akur tewas di tangan Bayern Munich.
Pengurus kelab, Mauricio Pochettino, juga sporting director kelab, Leonardo pada ketika ini berada dalam kedudukan yang sangat tertekan selepas kegagalan kelab menjuarai saingan Eropah.
Kedua-dua mereka dikatakan berpotensi untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini dek kerana gagal memenuhi permintaan kelab. – Sumber – semuanyabola.com